Best la lagu ni.

Stumble on this song masa tengah layan fandom. Lagu ni plus cutesweetsexy pics of  Jin is LOVE. *video kochi* Memang suit la lagu ni ngan Jin. Hahaha..

Terasa macam pernah dengar lagu ni, so mencari la. Owh, Chinese singer yang nyanyi rupenya. Suara macam Lenka, ingatkan penyanyi barat. Tapi since Malaysia pon ada Zee Avi,  takde nak hairan la..

Baca komen-komen, rupanya lagu ni remake dari Chinese version by David Tao.  Cari la lagi video yang Chinese version punya. Kat sini. Bila dah dengar, I must say, some comments are true. The Chinese version is better, and the lyrics are more meaningful. Huhu.

Apapun, lagu ni akan digilai for a while. Especially with those images of Jin. *fangirl mode on* Kyaaaaaaa~  ;)

Ok, enough distraction. Jom sambung taip report.

Terasa nak freak out sebab tak start buat report LI lagi, tapi anxiety and nervous feeling tak build up pulak. So tak boleh nak mengalami panic attack. Hoh, susah betul jadi orang yang suka ambil ringan, take things easy most of the times. Susah jugak jadi orang yang suka buat kerja last minute. Bukannya tak sedar yang masa dah suntuk. Hari-hari berniat nak start menaip report, tapi….  Huhu~

Hmph.. Bosan berganda bila Kechik takde kat umah. Takde orang nak dibuli. Hihi.

Alahai~ *mengeluh untuk yang ke-1658302937831 kali*

PICT0371
Praktikal dah tamat. Yay~ Berjaya mengharungi 11 minggu yang bertambah mencabar di minggu-minggu terakhir. Lepaskan title “warga kota” and back to civilization – 24/7 internet, late nite sleeping and unlimited food. Home sweet home. Dua hari ni memang enjoy sungguh laa… Online saje-saje, kul 3 pagi baru tido.. Itu pon dah tersengguk-sengguk depan laptop, tapi terasa sayang nak tinggalkan. Hihi.

Lepas ni, takkan dengar lagi ayat-ayat seperti:

“Minggu ni balik kampung ke, Za?”
“Nanti kalau nak balik awal, Iza tepon pak cik ye..”
“Wani, how’s the test result yesterday?”
“Wani, nanti you key in data pastu email kat I ye.”

Sape Iza? Aku la Iza tu. Huhu. Apsal ntah, walaupun dah tau nama aku Izy, tapi Pakcik Cab sebut Iza gak. Lagi senang nak sebut kot. Aku pon layan je la.

So for next 2 weeks, pecah kepala siapkan report pulak. Dah la report tak sama format macam orang lain. Kena buat macam thesis. Kira mini thesis la. Tapi macam tak mini je aku rasa. Lagi complicated dari thesis aku aritu. Buleh submit untuk master. Huhu.

Erm,bila dah abes ni, mula la soalan-soalan lazim keluar. “Lepas ni nak buat apa, Z?” Jawapan aku: Tak tahu. Ntah la. Nak sambung master, macam tak sanggup je nak buat research. Pastu macam takde passion lak nak sambung. So better aku on hold dulu plan nak sambung tu. Kadang-kadang pulak, rasa nak belajar field lain pulak. Buat degree lagi.Amik psychology ka, Maths ka, Management ka.. Huhu. Kalo nak apply SPA, kena tunggu dapat transkrip, lepas konvo nanti la. Bulan 10. Kalau aku nak duduk rumah saje buleh tak? Bila fikirkan masa depan yang dilimitasi oleh MG, tak optimis la hati. Malas la nak kata.

Mengidam manggis la. Tiap-tiap minggu balik, aku cakap kat Mama, aku nak manggis. Tak dapat-dapat jugak. Hari ni Econsave takde manggis. Aish, dah habis musim ke?

If I no longer want to embrace it,
can You make it go away?

If this is a battle I will never win,
can I admit defeat now?

I’m a quitter, aren’t I?
:|

Minggu ni banyak perkara yang menyakitkan hati.

Adapter dah dapat balik dah. Tapi bukan adapter aku lagi. Masa antar aritu, mamat tu kata try baiki. Kalo tak leh baiki gak, dia pulang balik. Tak yah bayar. Nanti dah siap dia call.  Setelah hampir 3 minggu, baru dapat balik. Tokey die kata dah lama siap. Blah! Aku datang 2 minggu lepas kate blom siap. Dah ar no tepon yang kat invois tak buleh dihubungi. Abah dah keras suara masa tu. Aku pon nak mengamuk gak je rasanya. Pastu, bila die kuarkan adapter aku, kaler hitam pulak. Rupa-rupanya, kedai tu gi cari adapter Acer yang sama current and voltan ngan aku punya adapter, pastu die sambung wayar hujung tu ngan plug utk connect ke laptop dr adapter aku. Die kate adpter aku memang tak leh repair. Motherboard dah burn. Siyot. Dah tak leh repair pulang balik la. Aku gi beli adapter ori baru lagi baik. Aku tak bagi permission pon kat ko nak alter adapter aku gini. Memang speechless la aku mase tu.  Dah la cable triple pin pon aku kena beli. Ni bayar repair adapter campur cable dah Rm100. Kalo aku gi beli adapter baru dalam RM 170 dah dapat. Hangin!!! Dalam kereta on the way balik baru la ayat sumpah seranah dapat dibentuk. Kalo tak… !#!@^$@*)@)$@(*&&^%^&*

Ni pon mula tak berkenan ngan sume benda. Pandang adapter rase bengang. Nak beli adapter baru, terasa membazir. Laptop pulak tetiba macam slow je. Nak upgrade, adapter dah begitu ghupe, macam tak syok je nak upgrade. Jangan nanti sampai satu tahap terlebih geram, aku beli laptop baru tanpa keizinan Mama je. Hoh..

rupa adapter yang mengguris perasaan

rupa adapter yang mengguris perasaan..nampak tak ade wayar hitam pastu tiba bersambung putih?

Lepas berita gumbira bertukar menjadi berita yang tak gumbira Selasa lepas, memang jadi lemah betul. Nak jalan pon ‘bus stop’ lebih dari usual. Plus,standing whole day in the lab for 3 days was making it worse. Psycho tol la. Bila lemah gitu, emosi pon tak stabil. Cepat je irritated. Tau ar kau budak U hebat. Tak yah ar nak merendah-rendahkan kitorang ni. Aku blaja benda sama macam yang ko blaja gak. Beza cuma lab ko lebih complete dari kitorang je. Damn you. Ntah bape banyak la aku mengutuk orang minggu ni. Kutuk dalam hati la tapi. Last-last, malas nak berkata-kata ngan orang yang tak berkenan. Diam itu lebih baik. Huhu.

Ya Allah,

berikanlah aku kekuatan fizikal dan mental sepanjang praktikal yang tinggal 5 hari saja lagi ini. Kau kuatkanlah semangatku, Kau tabahkanlah hatiku. Kau lindungilah aku dari segala musibah, bencana ataupun malapetaka. Kau berikanlah aku kesihatan yang memuaskan agar aku dapat menjalankan setiap tugas dengan mudah dan lancar.

Amin.

Konon nak buat birthday post hari ni. Tapi tak jadi la sebab ada perkara hari ni yang menyedihkan hati. Lagipon birthday aku takde yang menarik pon. Duduk umah terperap key-in data je.  Mama and abah gi sinoman kat umah depan, Angah ade lawan netball, Along lak keje. So tinggal aku ngan Kechik je kat umah. Birthday aku takde orang nak bagi cupcakes gambar ultraman rasa epal. Ataupun nak hadiahkan iPhone 3G, atau adapter baru. Atau lebih baik, laptop baru terus. Huhu.

Anyway, berita yang menyedihkan, tak jadi habis LI Jumaat ni. Uwaa~ Dah la dapat tau dari supervisor tadi through YM, rasa nak menjerit je. Dah excited ok. Baju pon dah separuh bawak balik hari tu. Dah plan nak gi tengok premier Transformer next week. Hoh. Sedih. Sedih. Nasib baik la dalam 2 minggu ni kena buat lab work yang interesting sikit. DNA extraction, PCR and electrophoresis. Terubat hati. Hihi. Ni la baru nama buat eksperiment. ;p

Maka, countdown bermula sekali lagi buat kesekian kalinya.

LI tamat 10 HARI lagi..

nota kaki: Esah jangan konpius2 lagi ye.. Huhu

Hari ni dapat berita gumbira.. Praktikal habis AWAL. Jumaat depan, 20hb. Weeee~

Masa mula-mula start tu memang kata akan habis awal, sebab aku start seminggu awal. Tapi lama-lama rasa macam akan habis sama macam orang lain jek. Tapi pagi tadi masa lecturer visit, supervisor aku kata kitorg habis jumaat depan. Wah, rasa nak melompat je tadi. Hehe.

So mari start countdown baru,

9 DAYS to end of internship. YAY!!!

A few random situations.

ONE.

At a fast food restaurant, a signboard shows “PANDU LAJU” instead of “PANDU LALU”.

Apekah? Typo error?

TWO.

Perbualan kanak-kanak sekolah rendah zaman sekarang yang aku dengar semasa menunggu lif. Lebih kurang la. Dah tak berapa ingat.

Budak 1: Dia cuba download tapi laptop dia takleh nak save la..

Budak 2: Game tu kalo takde memory card memang takleh main.

Pastu masa kat dalam lif handphone Budak 1 berbunyi. Hoh, budak-budak zaman sekarang. Sangat dikuasai oleh teknologi. Aku time sekolah rendah dulu, perbualan ngan member begini:

“Petang ni ko pegi padang tak?”

“Weh nanti ko bawak bola tau. Kita main rounders.”

“Belalang kat umah Wak Tembong besar-besar la weh.”

Hah, jangan tatau. Aku main rounders dolu-dolu. Tangkap belalang pon biasa gak. Tapi dah besar ni, geli pulak nak pegang belalang. Huhu. Tapi sekarang zaman memang dah berubah, dunia memang dah maju. Perbualan aku dan member juga dah berubah.

“Malam tadi you online ke? Main Restaurant City?”

“Eh, ini Mouse Hunt how to play ah?”

“Aiya, these two traps you no need to buy la. Waste money only. No effects.”

“Pet society dah boring la. I click visit friends je dah duduk situ almost 1 hour and a half. Just visit friends only.”

“Whoa, 121 friends? Kita ada belas-belas je. Camne nak trade ingredients camni?”

Bla bla bla. Itu la ayat yang selalu kedengaran between kitorang bertiga dalam lab tu. Aku rasa orang laen yang dengar pon mesti geleng kepala. Hoho.

Pasal adapter rosak, tengah tunggu kedai baiki adapter tu. Dah seminggu dah. Seminggu tak bukak laptop. Setakat onilne menumpang laptop orang, tak puas. Tak dapat layan fanfics~ Hoho. Ni hogging laptop Kechik dari pagi tadi.

THREE.

This is based on true situation. I should warn you that this story is quite sensitive, about death and life. If korang rasa korang agak sensitif about these topics, sila berhenti di sini. JANGAN teruskan pembacaan anda. Considered you’ve been warned.

Adam, awal 30-an, berkerjaya dan sudah mendirikan rumah tangga. Isterinya juga seorang wanita yang berkerjaya. Ayahnya, Zainal, 60-an tinggal bersamanya sejak ibunya meninggal dunia beberapa tahun lalu. Adam sangat mengambil berat akan kebajikan ayahnya. Suatu hari, seperti hari-hari biasa, Zainal tinggal di rumah seorang diri apabila Adam dan isterinya keluar bekerja. Apabila pulang dari kerja petang itu, Adam amat sedih dan terkejut bila menjumpai ayahnya terbaring di dalam bilik air dengan luka di kepala dan tidak bernafas. Badan ayahnya juga telah mula mengeras. Rupa-rupanya, pagi itu, ayahnya yang selama ini sihat telah diserang sakit jantung sewaktu berada di dalam bilik air, menyebabkannya terjatuh dan terhantuk di lantai.

Okay, aku tak pandai nak karang cerita. Anyway, ajal dan maut di tangan Allah SWT. Persoalan aku, kalo korang ialah Adam, mesti korang terkilan gile kan? Menyesal gile lah. Mesti akan banyak terpikir ‘What if..’. Kalo aku la, menangis tak berlagu, seumor hidup salahkan diri sendiri.

Macam mana pulak kalo korang ialah Zainal? If heart attack tu terus membawa maut, ok la kan. But what if after the heart attack, korang terbaring dalam bilik air tu, with pain in your chest and pain from the head injury, wondering who will save you? Ini kah pengakhiran hayat korang? Apakah yang akan bermain di pikiran? Kesiankan orang yang ditinggalkan.. Terpikir pasal anak-anak, pasal hidup korang selama ni..? Terpikir berapa lama agaknya korang akan terbaring di situ sebelum Malaikat ‘Izrail datang menjemput..? Sorry la ayat macam tak bertapis. Korang pernah terpikir tak macam mana korang akan mati satu hari nanti? Aku kalo boleh tak nak sebelum mati tu menyusahkan orang. Macam orang sakit melarat or sakit tua. Sekarang ni pon dah banyak menyusahkan orang.  Huhu. Tak nak jugak mati yang tragis macam eksiden. Kalo boleh mati yang erm.. sudden? Sesuaikah perkataan itu? Macam pemain bola yang tetiba rebah masa main bola. Yang gitu la, touch and go. Eheh.

Aku masa terdengar orang bercerita pasal cerita di atas, terasa berngeri and simpati jugak. Yelah, si anak jumpa ayah badan dah keras dah. Aku pon dah pernah alami situasi waiting-for-someone-to-rescue-you ni, totally not fun. Macam-macam racing through your mind. Mula la terpikir pasal things you’ve done, the people in your life, what deeds have you done and lots of ‘what if..’. Muhasabah diri sungguh.

June is here!! Wheee~~

Okay, I just love June. Coz it’s full with birthdays. Including yours truly, of course. Hehe. From 4th until 27th, boleh kata every single day is someone’s birthday. Kalau each birthday kena bagi hadiah, memang buleh dapat notis kebankrapan la.. Kehkehkeh..

Ada plan bbq ngan member-member before lompat. Hoh, boleh paham ke? Apa aku nak gelar korang? Geng darjah 3? Budak-budak ‘87? Huhu.. Anyway, aku excited okay. Pasal makan memang excited. Mintak-mintak on plan ni. =)  Afiq, jom plan baek punya biar havoc.. Hoho.

Hari ni keje lepak-lepak lagi dalam lab. Blom buleh run test sebab chemical takde. Adapter laptop rosak, aku menumpang laptop orang. Tapi macam buat harta sendiri pon ada. Selamba badak sungguh. Tuan punya komplen pon aku buleh buat bodoh je. Ekekkeke.. Kejam. Kejam.

Sakit itu ujian. 3 hari berdemam. 3 hari jugak berMC. Hoho.. Demam sudah baik. Sakit tekak dan batuk saje yang tinggal sekarang. Sangat tak nikmat nak makan, takde rasa ape pon. Jadi takde selera nak makan. Pastu ada wierd after-taste. Huhu. Batuk juga menjadi masalah. Batuk sampai muka kebas. Hoh, ada orang yang pernah mengalami benda yang sama tak?

Lately, I’ve been thinking that my internship is kinda like a marriage. Haha.. Jauh menyimpang tu~ Erm, tetiba malas pulak nak elaborate.

*~*~*~*

Hoh, yang atas tu bertulis semalam. Tapi pastu tetiba blackout, malas pulak nak sambung. Huhu. Erm, about intersnhip is like marriage thing, well, for the first two weeks, we were all hyped up, bubbly, excited, happily teasing each other, joking and talking all the time. But now at the end of the fifth week, it becomes dull.  It was quite I tell you.Masing-masing dah takde mood nak bercakap. Dah takde topik or dah bosan asyik-asyik muka yang sama jugak. Aku pandang ko, ko pandang  dia. No expression. Blank. Haha. Sometimes I find that funny.

How’s is that related to marriage? IDK. That’s just how I imagine marriage. I guess? That it will be all sweet and fluffy at the beginning and just become boring when it wears down with time. Hohoho. Okay, that’s just my POV. Me,  a person who easily gets bored of something.

Anyhooo… moving on. Got myself all fluffed up with a lot of fanfics to strengthen myself in facing next few weeks of internship. Ececeh~ 5 more weeks to go babeh. I’m in a good and optimistic mood now.

Owh, and lately been catching up with my torrents also. Banyak yang missed woo since most series have aired their season finale already. So far only managed to watch CSI:NY and I have to say, that’s just wrong man~ Why do they have to kill Angell? I was just getting in the mood with her and Flack getting all lovey-dovey (awww~) and then she has to die. I haven’t had enough flailing yet okay.. Hoh.

Okay, got to hurry. Going back to KL at 6 later.. Jya~

Next Page »